Sunday, October 11, 2015

Salam Maal Hijrah 1437H..



Bismillahirrahmanirrahim...
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW...


Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH SWT, kerana diberi kesempatan berada hampir dengan tahun 1437H.. Moga2 kita semua diberikan ALLAH SWT hidayah dan kesihatan yang baik untuk melaksanakan perintah ALLAH dan menjaga hubungan silaturrahim sesama manusia da makhluk Allah yang lain,

Salam Maal Hijrah , Alhamdulillah, setiap insan perlu berazam untuk berubah ke arah kebaikan. Perubahan dan hijrah memerlukan pengorbanan dan istiqamah dalam mengharungi setiap apa yang akan kita lalui.

Mohonlah kepada Allah SWT supaya kita kekal dan sentiasa di lindungiNYA dan diberi kekuatan dalam menghadapi ujian dan halangan.


Salam dari Editor

















........................................................................................................................................................


SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah,

beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut
ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat
persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL
PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI
NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA
SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.






Sebahagian dari rezeki yg dikurniakan Allah kepada kita adalah milik saudara kita yang lain. Ayuh tambahkan simpanan akhirat kita sambil membantu saudara2 kita yang memerlukannya. Moga diberi kekuatan untuk amal dan sampaikan.


Surau Nurul Iman Fasa 3A
Seri Manjung, Perak

Salam dari editor..



Tuesday, October 19, 2010

PENGENALAN

Surau merupakan satu tempat yang penting bagi setiap umat islam. Peranan surau amat besar dalam masyarakat islam kerana ia merupakan tempat berkumpul umat islam bagi menjalankan pelbagai aktiviti antaranya ibadat seperti solat berjemaah, mengikuti pengajian ilmu, kelas-kelas Al-Quran, Program keagamaan disamping tempat mengeratkan tali silaturrahim sesama muslimin dan muslimat. 

Institusi masjid/surau kini telah berubah kerana dari masa ke semasa peranan masjid bukan lagi sebagai pusat untuk beribadat tetapi lebih dari itu. Kalau dahulu masjid menanti jemaah yang datang tetapi rentak kini memerlukan jemaah di dalam masjid berfikir dan menjalankan gerak gempur bagaimana dapat bersua dari hati ke hati penduduk setempat. 


Jesteru itu, Jawatankuasa yang dilantik memerlukan bantuan dan kerjasama dari seluruh penduduk dan masyarakat islam bagi menyempurnakan amanat ini. Setelah sekian lama Surau Nurul Iman berkhidmat di dalam kawasan Taman Fasa 3A ini, kini ia memerlukan dana bagi pembinaan surau baru bagi menampung keperluan dan keselesaan jemaah yang datang. Dari masa ke semasa melalui aktiviti yang dijalankan, jumlah jemaah yang hadir terutama ketika kuliah mingguan / bulanan bertambah ini menguatkan semangat dan usaha jawatankuasa yang ada bagi menggerakkan usaha kearah pembinaan surau baru. 



SEJARAH PERKEMBANGAN SURAU NURUL IMAN

Seawal pembinaan perumahan Fasa 3A, pihak pemaju perumahan tidak menyediakan surau. Di atas keperluan penduduk perumahan Fasa 3A yang majoritinya terdiri daripada masyarakat islam, satu tempat untuk beribadat seperti solat berjemaah dan pengajian ilmu keagamaan amat diperlukan. Satu pertemuan dan perbincangan diantara jawatankuasa penduduk perumahan Fasa 3A diadakan dan membuat keputusan untuk memohon bangunan pejabat perbadanan kemajuan Negeri Perak yang terletak dihujung perumahan bersebelahan padang permainan tersebut untuk dijadikan surau.

                Dengan mendapatkan kelulusan melalui  plan yang dikemukan kepada pihak Majlis Daerah Manjung, surau tersebut didirikan oleh pihak perbadanan sendiri yang berjumlah sebanyak RM12,000.00 dan pada tahun 1989 iaitu pada hari penyerahan kunci kepada pembeli-pembeli perumahan, surau tersebut diwakafkan sekali oleh pihak Perbadanan melalui Pengurusi surau tersebut.

                Surau tersebut yang diberi nama Surau Nurul Iman dapat digunakan penduduk setempat untuk solat berjemaah dan menjalankan aktiviti keagamaa serta kemasyarakatan. Hasil kesepakatan dan gotong-royong penduduk setempat, surau Nurul Iman diberi penambahbaikan sedikit demi sedikit demi keselesaan para jemaah untuk beribadat.

                Selain dijadikan sebagai tempat beribadat, surau ini juga berfungsi sebagai pusat kemasyarakatan seperti tempat berlangsungnya upacara akad nikah dan juga berfungsi sebagai tempat menguruskan hal-hal berkaitan kematian memandangkan surau ini juga adalah Penaung kepada Pertubuhan Khairat Kematian, Fasa 3A yang telah ditubuhkan hampir 12 tahun yang lalu.

                Setelah melebihi 20 tahun berfungsi sebagai tempat beribadat, keadaan dan prasana surau Nurul Iman semakin dhaif dan uzur. Keputusan untuk membina surau baru telah dibuat didalam satu mesyuarat jawatankuasa surau sesi 2010-2012 yang diadakan pada Mac 2001. Dan dengan keputusan untuk membina surau baru, dapatlah perumahan Fasa 3A yang mempunyai kira-kira 95% masyarakat Islam menjalankan ibadat dengan sempurna dan selesa.

OBJEKTIF PEMBINAAN SURAU BARU

  • Mengadakan tempat ibadat yang selesa untuk menunaikan solat berjemaah dan menjalankan aktiviti keagamaan.
  • Menjadikan tempat untuk membina dan mendidik sahsiah diri agar menjadi generasi soleh yang bertanggungjawab kepada diri, keluarga, masyarakat dan agama.
  • Sebagai pusat penambahan ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah.
  • Sebagai pusat kebajikan masyarakat setempat seperti pengurusan jenazah, kenduri dan gotong-royong.
  • Merapatkan ukhwah/persaudaraan dan mengeratkan silaturrahim dikalangan penduduk perumahan Fasa 3A.